English |  Bahasa Melayu Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
icon
  Pilih Teks Anda : teks kecil teks normal teks besar    Pilih Warna Anda : green red blue  reset    Latarbelakang : background1 background2 background3 background4     w3c
Bahagian Perancang Bandar
   

 

Dari depan : Pn.Norhafisah (Ketua Bahagian Perancangan Bandar dan Landskap),
Pn. Zaleha (Juruteknik Perancang), Pn. Hasmah (Pembantu Tadbir),
Pn. Anita (Pembantu Tadbir),  Pn. Jamaliah (Pembantu Tadbir), 
En. Sulaiman (Juruteknik Perancang), En. Faizal (Pembantu Pertanian),
En. Anuar (Pelukis Pelan)

 

BAHAGIAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP MAJLIS DAERAH KERIAN

Bahagian Perancang Bandar dan Landskap, Majlis Daerah Kerian merupakan bahagian yang di pertanggungjawabkan untuk memastikan pembangunan gunatanah dalam kawasan pentadbirannya di rancang secara komprehensif, mampan, seimbang dan memenuhi kehendak rancangan pemajuan serta selaras dengan pembangunan Negeri Perak.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mewujudkan keindahan bandar serta penyelenggaraan yang efisyen dengan menyediakan kawasan lapang dan taman-taman rekreasi yang hijau lengkap dengan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan kesejahteraan, keharmonian dan keselesaan hidup penduduk dalam kawasan pentadbirannya di mana seiring dengan keseimbangan pembangunan dan alam sekitar yang perlu dititikberatkan.

OBJEKTIF

  • Membangun, mengawal dan merancang pemajuan serta penggunaan tanah selaras dengan rancangan pemajuan dan seterusnya bagi memenuhi kehendak perancangan pembangunan sejagat.

  • Membentuk strategi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana bandar yang mampan dan seimbang.

  • Melaksanakan Local Agenda 21 Kerian Yang Berteraskan Proses Perundingan, Penyertaan Dan Usahasama Ke Arah Pembangunan Mampan.

  • Memastikan keperluan terhadap pembangunan insan dengan penyediaan kemudahan rekreasi, ibadah dan pemeliharaan alam sekitar di samping kemudahan asas yang lain agar masyarakat yang syumul (sejahtera dan progresif) dapat dibentuk.

  • Memperindahkan kawasan pentadbiran majlis bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa untuk didiami.

  • Memastikan kawasan-kawasan landskap Majlis diselenggara dengan cekap dan mengikut kaedah yang betul.

Pages: 1  2  3  

Carian
Kalendar
icon icon 19 Mei 2012 icon icon
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Perkhidmatan Kami

Senarai Perkhidmatan
Pencapaian Piagam Pelanggan
Senarai Ejen Jualan Kupon


Portal Rasmi Kerajaan MAMPU Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan MSC 1Malaysia EPU Job Malaysia Pemandu Epbt Perak
ANM JPA Treasury Hotel Travel Pelancongan Perak MyID mySMS OSC Talent Corp.