MENU
 

8 Julai – Turun Padang Yang Dipertua Majlis bersama Ahli Majlis Clr. Tuan Haji Shahrul Nizam bin Razali dan pegawai teknikal MDK bagi meninjau kawasan yang terlibat dengan masalah banjir kilat di kawasan Taman Kerian dan Jalan Perusahaan. Tinjauan mendapati paras air yang masih tinggi di parit besar JPS dan longkang besar JKR yang menjadi punca aliran air dari taman perumahan tidak dapat mengalir dengan berkesan. Namun pihak MDK akan melaksanakan kerja pembersihan segera bagi lokasi yang menyekat pergerakan air dan pihak majlis juga akan memaklumkan kepada pihak JPS pembersihan parit besar di sebelah landasan keretapi. Pihak majlis juga akan memohon peruntukan bagi kerja naik taraf longkang di Jalan Bunga Cempaka Taman Kerian.

BANJIR 1

BANJIR 2

BANJIR 3

BANJIR 4

BANJIR 5