English |  Bahasa Melayu Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
icon
  Pilih Teks Anda : teks kecil teks normal teks besar    Pilih Warna Anda : green red blue  reset    Latarbelakang : background1 background2 background3 background4     w3c
Latar Belakang Kerian
   

 

 Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar.

Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu.

Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.

Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).
 
Muka bumi
Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Pages: 1  2  

Carian
Kalendar
icon icon 23 Februari 2012 icon icon
M T W T F S S
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Perkhidmatan Kami

button arrow Senarai Perkhidmatan
button arrow Pencapaian Piagam Pelanggan
button arrow Senarai Ejen Jualan Kupon
button arrow e-Borang (pdf)
button arrow Program Turun Padang
button arrow Sudut 5S
button arrow Aduan SMS
button arrow Skuad Bencana Alam


Portal Rasmi Kerajaan MAMPU Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan MSC 1Malaysia EPU Job Malaysia Pemandu Epbt Perak
ANM JPA Treasury Hotel Travel Pelancongan Perak MyID mySMS OSC Talent Corp.

 

Tarikh Kemaskini : 19 Januari 2012 10:05 AM