English |  Bahasa Melayu Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
icon
  Pilih Teks Anda : teks kecil teks normal teks besar    Pilih Warna Anda : green red blue  reset    Latarbelakang : background1 background2 background3 background4     w3c
Local Agenda 21
   

 

Pengenalan Local Agenda 21

Apakah Local Agenda 21?
Secara ringkas, Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (PBT) bekerjasama unutk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah Pembangunan Mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,  membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. 

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.

Apakah Pembangunan Mampan
Pembangunan Mampan adalah pembangunan berterusan untuk menjamin keselesaan hidup masyarakat di bumi ini. Pembangunan yang dapat memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semua dan pada masa yang sama melindungi dan memelihara alam sekitar

 

Sejarah Local Agenda 21


Asal Usul Agenda 21
Agenda 21 berasal dari persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Ia merupakan suatu program tindakan pembangunan mampan global yang telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia.. Angka "21" menandakan abad ke-21. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan.
Bab 28 dam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, Local Agenda 21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan (peringkat pihakberkuasa tempatan).

 

Local Agenda 21 Kerian...
Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melantik MDK sebagai tapak Perintis Local Agenda 21. MDK merupakan satu-satunya model perintis bagi PBT-PBT di peringkat daerah. MDK telah melalui proses Local Agenda 21 melalui rundingan dan perbincangan antara sektor swasta dan wakil masyarakat. Suatu Pelan Tindakan Sosial dan Alam Sekitar telah diwujudkan ( melalui suatu isu dan masalah tempatan yang telah dikenalpasti )

Pages: 1  2  3  

Carian
Kalendar
icon icon 23 Februari 2012 icon icon
M T W T F S S
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Perkhidmatan Kami

Senarai Perkhidmatan
Pencapaian Piagam Pelanggan
Senarai Ejen Jualan Kupon


Portal Rasmi Kerajaan MAMPU Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan MSC 1Malaysia EPU Job Malaysia Pemandu Epbt Perak
ANM JPA Treasury Hotel Travel Pelancongan Perak MyID mySMS OSC Talent Corp.

 

Tarikh Kemaskini : 19 Januari 2012 10:05 AM