MENU

Menu Utama

Menu Utama portal MD Kerian terdiri daripada :

 

Menu Info Kerian menyediakan informasi berguna tentang Kerian kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat-tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.

Contoh :

Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Kerian beserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan . E-perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.

Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.

Menu Berita & Peristiwa memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Kerian. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

Semua maklumat penting tentang Majlis Daerah Kerian dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu Info MDK.

Galeri Foto

  • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
  • Sebagai contoh, di dalam kategori Tempat-tempat Menarik terdapat Album Sekitar Kerian, Bukit Merah Lake Town Resort dan lain-lain.
  • Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
  • Gambar juga boleh dimuat turun .