MENU
 

10 Disember 2019 (Selasa) - Majlis Daerah Kerian telah berjaya mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S). Audit Pensijilan semula telah dilaksanakan oleh En. Mohd Khairil Anuar B Amir Hamzah, Pengurus MPC Wilayah Utara. Sebanyak 8 zon telah dilawati dan dinilai oleh juru audit.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Helmi Bin Yusof @ Jusoh bersama Puan Norhafisah Binti Mohamad, Setiausaha Majlis telah bersama-sama hadir semasa sesi audit dijalankan. Semoga MD Kerian akan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.