MENU
 

30 OGOS 2020- Kayuhan Santai Sempena Malaysia Merdeka Ke-63 Tahun. Majlis Daerah Kerian telah mengadakan satu program kayuhan santai dari pejabat Majlis Daerah Kerian ke Dataran Ban Pecah. Acara dimulakan dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang daripada Yang Dipertua, Tuan Helmi Bin Yusof @ Jusoh kepada Pegawai Daerah Kerian, Tuan Haji Mohd Sabli Bin Bakri. Kayuhan sejauh 35KM ke Dataran Ban Pecah di sambut oleh YB Dato' Abdul Yunus Jamshari YB Dato' Ahmad Yunus Bin Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan juga ADUN Kuala Kurau di Dataran Ban Pecah. Turut hadir sama dalam program ini DSP Roslan Bin Mohamed @ Ab Aziz- Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Komander (M) Mohd Sharenliza Bin Ghazali -Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Puan Norhafisah Binti Haji Mohamad- Setiausaha Majlis, Ahli Majlis, Penghulu Kuala Kurau dan Tanjung Piandang serta wakil penduduk.

#malaysiaprihatin
#merdeka63
#merdeka2020
#kerianbersih
#kitajagakita

1

2

3

4

5