MENU
 

18 JANUARI  – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan satu lawatan ke Taman Wawasan Parit Buntar bagi menyelesaikan isu laluan di kawasan berkenaan. Lawatan tersebut turut melibatkan pihak JKR dan pemaju bersama-sama peniaga di kawasan sekitar. Terdapat cadangan awal supaya sebahagian laluan akan dijadikan laluan sehala dan akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Lalulintas Daerah. Pihak majlis juga telah memberikan tempoh dua minggu kepada pihak pemaju untuk mengkaji cadangan laluan sehala dan perlu diserahkan semula kepada pihak majlis untuk pertimbangan.