MENU
 

4 OKTOBER 2018 (Khamis)  – Perak Investment Management Centre (Invest Perak) telah mengadakan satu lawatan tapak ke projek ternakan dan pemprosesan ayam berintergrasi oleh Syarikat Malayan Flour Mills Berhad di Lumut Perak. Lawatan yang diadakan ini bertujuaan untuk memberi informasi berkaitan penternakan ayam secara tertutup yang akan diperluaskan ke daerah Kerian. Lawatan tersebut dihadiri oleh Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh Yang Dipertua Majlis, Puan Norhafisah binti Mohamad Setiausaha Majlis, Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Kerian, tuan Norazizi bin Adinan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Ahli Majlis serta rombongan dari Majlis Daerah Lenggong.