MENU
 

 

20 Disember - Seramai 12 orang kakitangan Majlis Daerah Batu Gajah telah hadir bagi lawatan sambil belajar ke Majlis Daerah Kerian untuk melihat pengendalian pengurusan perolehan berkenaan sebut harga dan tender. Sesi penerangan di ketuai oleh Pegawai Tadbir Perbendaharaan, Encik Mahzan bin Morat yang melibatkan jabatan-jabatan yang terlibat dalam pengurusan perolehan. Para peserta diagihkan mengikut jabatan masing-masing bagi melihat proses pengurusan perolehan dan juga dokumentasi secara terus.