MENU
 

28 Februari 2020 - Majlis Daerah Kerian telah mengadakan satu Majlis Anugerah Cemerlang, Jasamu Dikenang dan Perjumpaan Bulanan Bil 2/2020 di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis, Tuan Helmi Bin Yusof @ Jusoh. Turut hadir sama majlis ini Setiausaha Majlis, Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan para pekerja majlis. Majlis ini juga meraikan para pesara yang pernah berkhidmat di Majlis Daerah Kerian. Seramai 17 orang penerima Anugerah terpuji dan 17 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Syabas dah tahniah diucapkan kepada penerima. Semoga anugerah ini berterusan demi menjadikan Majlis Daerah Kerian sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

apc1

apc2

apc3

apc4

apc5

apc6

apc7

apc7