MENU
 

14 MEI 2020 - Majlis Penerimaan Pelantikan Jawatan Sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kerian Bagi Tempoh 1 Mei 2020 sehingga 30 April 2021. Jemputan khas dua EXCO Negeri Perak, YB En Razman B. Zakaria EXCO Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil dan YB Dato Abdul Yunus Jamahri EXCO Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air bersama-sama dua orang adun dari DUN Alor Pongsu iaitu YB Dato Sham B. Mat Sahat dan YB Mohamad Noor B. Dawoo, Adun Selinsing. Turut hadir Yang Berusaha Supt. Omar Baktiar Bin Yaacob dan En. Norazman Bin Ghazali mewakili Ahli Parlimen Bagan Serai bagi menyaksikan Majlis Penerimaan Pelantikan sebagai Ahli Majlis MDK pada hari ini.

YDP mengucapkan tahniah kepada seramai 12 orang yang telah dipilih dan dilantik sebagai ahli majlis pada hari ini. YDP juga mengingatkan ahli majlis bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada komponen pentadbiran MDK dan bukan sekadar membawa permasalahan rakyat malah juga perlu mengutarakan cadangan-cadangan yang membina terutamanya dalam bidang penguatkuasaan yang menjadi satu cabaran utama dalam pelaksanaan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, YDP mengingatkan kepada ahli majlis supaya perlu menjaga imej Majlis Daerah Kerian dan bersikap berhati-hati ketika menyatakan sesuatu keputusan atau apa-apa berkaitan di laman sosial.

YDP juga merakamkan ucapan jutaaan terima kasih kepada pihak PDRM terutamanya Ketua Polis Daerah Kerian yang telah berganding bahu dalam penguatkuasaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 sehinggalah ke hari ini. Rakaman terima kasih juga kepada YB Exco, Adun, dan wakil ahli Parlimen Bagan Serai kerana turut hadir dalam majlis ini.
 

am1

am2

am8        am7am4am5am6am3