MENU
 

30 Ogos 2020- #Kerian Operasi Bersepadu Polis Kerian bersama Majlis Daerah Kerian dan Kemenrrian Kesihatan Malaysia Daerah Kerian. Satu Operasi Bersepadu Ambang Merdeka 🇲🇾, Pencegahan Jenayah dan Pematuhan SOP PKPP telah dijalankan semalam yang diketuai oleh DSP Roslan Bin Mohamed @ Ab Aziz- Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian dan Puan Norhafisah Binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis Daerah Kerian. Operasi ini dijalankan di premis-premis rumah urut, kelab malam, premis makanan dan rondaan di taman-taman awam sekitar Kerian. Beberapa kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian atas kesalahan telah menjual minuman keras memabukkan tanpa lesen yg sah dan kesalahan telah membuang sampah di kawasan premis makanan yg membawa pengotoran pada tempat awam. Kompaun pematuhan SOP PKPP turut dikeluarkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia terhadap premis yang ingkar arahan PKPP.

#malaysiaprihatin
#merdeka2020
#kerianbersih
#kitajagakita

 

1

2

3

5