MENU
 

16 September (Ahad) – Penganjuran edisi ketiga bertempat di Sek. Keb. Kuala Kurau Baru telah menerima lebih daripada 1600 orang peserta dan penganjuran kali ini dianggap terbaik kerana ia turut menerima penyertaan peserta dari Sabah dan Sarawak . Pelepasan peserta larian disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Kerian, Yang Dipertua Majlis En. Helmi bin Yusof @ Jusoh  dan ASP Tuan Omar Bakhtiar ketua Polis Daerah. Majlis penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh YB. Abdul Yunus bin Jamhari EXCO Kerajaan Negeri Perak.