MENU

26 Ogos 2018 (Ahad) – Penganjuran edisi ketiga Kerian Incredible Duathlon telah menerima penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 1000 orang peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai pertandingan ini bertempat di Sek. Men. Keb. Bagan Serai. Pada penganjuran kali ini juga turut disertai oleh kanak-kanak istimewa yang menghidap Ceberal Palsy (CP) iaitu Nur Wahidan yang diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record (MBOR).Yang Dipertua Majlis En. Helmi bin Yusof @ Jusoh telah menyampaikan pingat kepada peserta berkenaan. Turut sama hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Kerian dan Pn. Norhafisah binti Mohamad Setiausaha Majlis Daerah Kerian.