English |  Bahasa Melayu Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
icon
  Pilih Teks Anda : teks kecil teks normal teks besar    Pilih Warna Anda : green red blue  reset    Latarbelakang : background1 background2 background3 background4     w3c
Bahagian Perkhidmatan Bandar

BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguruskan perkhidmatan utama di Majlis Daerah Kerian. Bahagian ini diketuai oleh Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U32) dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (N17), 2 Pembantu Kesihatan Awam (U17) dan Pegawas-Pengawas Cawangan. Terdapat tiga cawangan MDK iaitu MDK Cawangan Parit Buntar, MDK Cawangan Kuala Kurau dan MDK Cawangan Bagan Serai. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti seperti berikut:-

PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Mengutip sampah dikawasan operasi MDK dan melupuskan sampah-sampah tersebut di tapak-tapak pelupusan sampah. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelenggara kawasan pelupusan sampah MDK.

PENGURUSAN PEMBERSIHAN LONGKANG DAN SALIRAN

Membersih dan menyelenggara longkang-longkang dan saliran didalam kawasan operasi secara berkala bagi mengelakkan daripada dipenuhi sampah dan saliran tersumbat.

PENYELENGGARAAN KAWASAN AWAM

Memotong rumput dan membersihkan kawasan awam seperti Padang Permainan, laluan awam, Taman-Taman Perumahan, Pasar-Pasar Sehari dan lain-lain kawasan awam dibawah kawalan MDK secara berkala.

PENGURUSAN JENTERA DAN MESIN

Mengurus dan menyelenggara Jentera – Jentera yang berkaitan kebersihan seperti Lori-Lori sampah, Pick-up, Excalator dan mesin-mesin yang digunakan untuk tujuan pembersihan kawasan.

KAWALAN KEBERSIHAN PREMIS DAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

Mengurus, mengawal dan memantau tahap kebersihan premis-premis perniagaan yang dilesenkan dibawah MDK. Bertanggungjawab dalam pengawalan dan pencegahan penyakit-berjangkit bawaan vektor seperti Demam Denggi dengan mengadakan fogging secara berkala.

MENGURUSKAN KHIDMAT PROGRAM KITAR SEMULA

Menguruskan program kitar semula dan kempen kitar semula di dalam Daerah Kerian. Mengadakan Hari Kitar Semula secara berkala bagi memudahkan orang awam menjual barangan kitar semula di Pusat-Pusat Pengumpulan Barang Kitar Semula MDK.

Carian
Kalendar
icon icon 19 Mei 2012 icon icon
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Perkhidmatan Kami

Senarai Perkhidmatan
Pencapaian Piagam Pelanggan
Senarai Ejen Jualan Kupon


Portal Rasmi Kerajaan MAMPU Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan MSC 1Malaysia EPU Job Malaysia Pemandu Epbt Perak
ANM JPA Treasury Hotel Travel Pelancongan Perak MyID mySMS OSC Talent Corp.

 

Tarikh Kemaskini : 25 April 2012 06:57 PM