English |  Bahasa Melayu Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
icon
  Pilih Teks Anda : teks kecil teks normal teks besar    Pilih Warna Anda : green red blue  reset    Latarbelakang : background1 background2 background3 background4     w3c
Pengumuman

BANTUAN KEMISKINAN PARLIMEN BAGAN SERAI


16 Mei 2012 – Bertempat di Perkarangan Pejabat MDK cawangan Bagan Serai, satu program di bawah LA21 telah diadakan iaitu Program Penyampaian Bantuan Kemiskinan dan Penyampaian Kecemerlangan Pelajar SPM 2011 bagi parlimen Bagan Serai. Penyampaian bantuan dilakukan oleh ADUN Alor Pongsu, YB Dato’ Sham bin Mat Sahat. Seramai 6 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang lalu dan seramai 3 ketua isi rumah menerima bantuan kemiskinan.

BANTUAN KEMISKINAN PARLIMEN PARIT BUNTAR

15 Mei 2012 – Majlis Daerah Kerian di bawah LA21 telah mengadakan Program Penyampaian Bantuan Pelajar Cemerlang SPM 2011 bagi parlimen Parit Buntar bertempat di Perkarangan Pejabat MDK. Penyampaian bantuan dilakukan oleh En. Abu Bakar bin Mat Ali, Penyelaras DUN Titi Serong. Seramai 11 orang pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang menerima bantuan pada program ini.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

11 Mei 2012 – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bertempat di Dewan Merdeka, Parit Buntar. Majlis ini diadakan bertujuaan untuk menghargai anggota kerja MDK yang komited dalam menjalankan tugas. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Mah Hang Soon dan majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Tuan Hj. Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Kerian dan En. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan.

FIESTA PELANCONGAN KERIAN SEMPENA TMP 2012

         
28 April 2012 (Sabtu) -  Majlis Daerah Kerian bersama-sama Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah menganjurkan program “Fiesta Pelancongan Daerah Kerian” sempena Tahun Melawat Perak 2012 bertempat di Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah, Tuan Kamaruddin bin Awang mewakili Exco Pelancongan Negeri Perak Dato’ Hamidah binti Osman.

PROGRAM TURUN PADANG:TMN. MAHSURI, SEMANGGOL

25 April 2012, (Rabu) - Tujuan lawatan turun padang dan perjumpaan bersama penduduk untuk melihat keadaan ditapak dan menerangkan keadaan sebenar pemajuan ini. Pemajuan 16 unit rumah teres 2 tingkat di atas lot 5875 telah diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar rujuk Bil. (22) dlm. JPBD.Pk A3/SG/014 bertarikh 26.02.2007. Jalan Bahagia merupakan jalan sediada di mana, apabila perumahan ini dimajukan, rizab jalan 40' akan berkongsi dengan jalan sediada seperti skim perumahan yang lain. Jalan Bahagia akan diturap semula apabila pemajuan ini siap sepenuhnya mengikut kelulusan pelan Jalan dan Perparitan bagi 16 unit rumah teres ini termasuk penyediaan bonggol jalan.

Papar 1 - 5 daripada 9 keputusan.
Halaman daripada 2
Carian
Kalendar
icon icon 19 Mei 2012 icon icon
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Perkhidmatan Kami

Senarai Perkhidmatan
Pencapaian Piagam Pelanggan
Senarai Ejen Jualan Kupon


Portal Rasmi Kerajaan MAMPU Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan MSC 1Malaysia EPU Job Malaysia Pemandu Epbt Perak
ANM JPA Treasury Hotel Travel Pelancongan Perak MyID mySMS OSC Talent Corp.