SOALAN-SOALAN LAZIM DAN JAWAPAN
1.Selepas sesuatu kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian, adakah sebarang notis ingatan kepada penerima kompaun?
- Ya, ada. Notis peringatan akan dikeluarkan apabila tamat tempoh bayaran kompaun iaitu selama 14 hari.
2.Berapa lamakah notis tersebut diberi tempoh?
3.Jika orang kena kompaun tidak menjelaskan kompaun selepas tempoh-tempoh tersebut, apakah tindakan seterusnya?
- Tindakan pendakwaan mahkamah akan diambil
4.Setelah pendakwaan telah dibuat ke atas sesuatu kes, bolehkah orang kena dakwa memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah?
- Boleh. Walau bagaimanapun jika tidak melibatkan kompaun tempat letak kereta, caj RM 100.00 akan dikenakan dicampur kompaun yang telah dinyatakan.
5.Bagaimana jika melibatkan kompaun tempat letak kereta?
- Caj RM 50.00 akan dikenakan dicampur kompuan yang telah dinyatakan.
6.Jika sesuatu kes telah dikenakan, waran tangkap, bolehkah ia diselesaikan di luar mahkamah?
- Tidak boleh. Ia perlu diteruskan prosiding di mahkamah.