

Kuala Gula adalah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Daerah Kerian. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp".
Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu.
Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur dan spesis haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini.
Antara sebab-sebab utama penghijrahan burung-burung di kawasan ini. adalah kerana musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan.
Pengunjung-pengunjung perlu mendapatkan kebenaran dari Jabatan Perhilitan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini.