Soalan-soalan lazim dan Jawapan
1.Bagaimanakah mengetahui kekosongan harta Majlis ?
- Kekosongan harta sewaan majlis boleh diketahui melalui:-
- Kaunter pertanyaan unit sewaan MDK.
- Laman web rasmi MDK
- Notis pemberitahuan yang diapamerkan di tempat-tempat awam
2.Bolehkah menjelaskan bayaran sewa diluar pejabat MDK ?
- Boleh sekiranya penjawat Unit Sewaan membawa buku resit Kew.38.
3.Bagaimana hendak membaiki kerosakan yang terdapat di Harta Majlis ?
- Menulis surat aduan dan dihantar kepada Bahagian Pembangunan / Unit Sewaan Majlis Daerah Kerian.
4.Bila tarikh iklan sewaan dikeluarkan ?
- Iklan kekosongan harta sewaan dikeluarkan pada awal bulan setiap bulan.
5.Di mana saya boleh melihat iklan kekosongan harta sewaan tersebut ?
- Iklan tersebut boleh dilihat di papan kenyataan pejabat, di Kaunter Unit Sewaan Majlis Daerah Kerian, gerai-gerai yang kosong (dilekatkan dipintu), pejabat-pejabat UMNO/ Penghulu, di dalam Laman Web Majlis Daerah Kerian dan kawasan tumpuan orang ramai.
6.Siapakah ahli panel temuduga ?
- Terdiri daripada Ahli- Ahli Majlis Daerah Kerian yang dilantik.
7.Apakah tindakan pihak MDK sekiranya terdapat aduan pelanggaran syarat sewaan dari segisewa atas sewa ?
- Pihak MDK akan siasat dan pantau ke harta berkenaan untuk memastikan sama ada aduan tersebut benar atau sebaliknya. Sekiranya benar, penyewa asal dan peniaga tanpa kebenaran akan diberi Notis dan dipanggil hadir ke pejabat MDK untuk berbincang dengan pihak Majlis.
8.Bolehkan saya memberi atau menempah nama sebagai pemohon harta sewa MDK terlebih dahulu sebelum iklan dikeluarkan ?
- Tidak boleh. Pemohon hanya boleh membeli dan mengisi Borang Permohonan Sewaan setelah iklan kekosongan Harta Sewaan MDK dikeluarkan.
9.Apakah syarat- syarat untuk permohonan pertukaran nama penyewa?
- Syarat utama ialah mesti mempunyai hubungan pertalian kekeluargaan (kandung) atau waris terdekat (bagi penyewa asal yang telah meninggal dunia). Selain daripada itu, tidak diterima dan pemohonan baru perlu membuat permohonan sewaan melalui iklan kekosongan Harta Sewaan dan menghadiri temuduga sewaan