TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS DAERAH KERIAN
BAGI TEMPOH 1 DISEMBER 2023 - 15 DISEMBER 2023
Tawaran ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja untuk mengisi kekosongan harta sewaan Majlis Daerah Kerian. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bermastautin di Daerah Kerian.
Syarat utama yang perlu diketahui dan diambil perhatian oleh pemohon ialah:-
Borang Permohonan boleh dibeli di Kaunter Bahagian Sewaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan bayaran RM5.00 setiap satu borang pada waktu pejabat sahaja.
Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan sekeping salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran passport. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Majlis Daerah Kerian ke alamat seperti berikut:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH KERIAN,
NO. 1, WISMA MDK, JALAN PADANG,
34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
TEL : 05-7161228 ( Bahagian Sewaan )
Laman Web : https://www.mdkerian.gov.my
Semua pemohon yang telah mengemukakan permohonan dan tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap permohonan tidak berjaya.
bil | Perkara | tarikh tutup | |
---|---|---|---|
1 | IKLAN KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS DAERAH KERIAN | 15 DISEMBER 2023 JUMAAT (4.00 Petang) | MUAT TURUN IKLAN |