MAJLIS PERAKUAN PENERIMAAN JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH KERIAN BAGI TEMPOH 16 MAC 2026 HINGGA 15 MAC 2028
Pada 6 April 2026 (Isnin), telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perakuan Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kerian bagi tempoh 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2028. Majlis ini melibatkan pelantikan seramai 19 orang Ahli Majlis yang baharu.
Majlis perakuan tersebut telah disempurnakan di hadapan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, bersama-sama Ahli Majlis Penuh Majlis Daerah Kerian.
Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam memastikan tadbir urus tempatan yang berkesan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Sehubungan itu, setiap Ahli Majlis diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi kesejahteraan serta kemajuan Daerah Kerian.
Pengurusan Majlis Daerah Kerian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Ahli Majlis yang dilantik. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan daerah secara holistik dan mampan.