Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG 2021

25 Mac 2021 - Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang 2021 bertempat di Dewan Sebarau Bukit Merah Laketown Resort. Seramai 16 orang anggota kerja menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 15 orang menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji.

Majlis juga turut meraikan 8 anggota kerja yang telah bersara. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohamed Radzi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak. Majlis yang diadakan kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana telah menetapkan tema iaitu klasik dan tradisional. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mior Firdaus bin Mior Abdul Aziz mewakili Pegawai Daerah Kerian dan Ahli-Ahli Majlis.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 19/05/22 • Jumlah Pelawat : 21286941