Apakah itu Pusat Setempat (OSC)
- Pusat Setempat (OSC) ditubuhkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaras dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan.
Bagaimanakah jenis permohonan serentak yang boleh dikemukakan oleh pemohon?
- Terdapat beberapa alternatif permohonan serentak :-
- Alternatif I : Permohonan serentak melibatkan kesemua 4 (empat) proses permohonan iaitu permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
- Alternatif II : Permohonan serentak melibatkan 3 (tiga) proses permohonan contohnya :
-
- permohonan perihal tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
- permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
- Alternatif III : Permohonan serentak melibatkan 2 (dua) proses permohonan contohnya :
- permohonan perihal tanah dan kebenaran merancang atau
- permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
- permohonan pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit; atau
- permohonan kebenaran merancang dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
Bagaimana sesuatu permohonan cadangan pemajuan diproses oleh OSC?
- Urusetia OSC akan menyemak permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan oleh pemohon berdasarkan kepada borang semak yang disediakan di kaunter OSC. Jika didapati tidak lengkap urusetia akan meminta pemohon kemukakan dokumen yang diperlukan dalam masa 7 hari atau permohonan tersebut dianggap batal. Manakala bagi permohonan yang lengkap diterima akan terus diproses untuk edaran jabatan teknikal.
Bilakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa?
- Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa selepas 13hb. April 2007. Walaubagaimana pun Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) masih lagi diteruskan bagi pelan-pelan bangunan yang telah diluluskan atau yang telah dikemukakan kepada PBT sebelum kuatkuasa sistem CCC.
Bagaimanakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dapat dikeluarkan?
- Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) setelah syarat-syarat teknikal dalam Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dan perkara dalam borang G1 hingga G21 telah siap dan dipatuhi sepenuhnya oleh PSP.