Dinyatakan di dalam A.P 103 (a) yang menyatakan bahawa semua bil dan tuntutan hendaklah dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna. Bagaimanapun, pihak Majlis telah menerima Pekeliling Kewangan Negeri Perak Bil. 3 Tahun 2007 daripada Pejabat Kewangan Negeri Perak yang menyatakan bahawa semua bil dan tuntutan hendaklah dibayar dengan segera tidak lewat dari 10 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna dan telah digunapakai sehingga kini.
Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan oleh pihak Majlis. Kaedah yang paling utama ialah pembayaran melalui cek, yang melibatkan semua jenis tuntutan dan bil yang menggunakan peruntukan Majlis Daerah Kerian. Kaedah yang kedua ialah electronic funds transfer (e-ft) yang mana melibatkan pembayaran yang menggunakan peruntukan geran jalanraya ataupun MARRIS.
Tempoh laku cek yang dikeluarkan oleh pihak Majlis adalah tiga bulan dari tarikh cek tersebut dikeluarkan seperti yang dinyatakan di atas cek ‘LAKU DALAM TEMPOH TIGA BULAN DARI TARIKH’ cek dikeluarkan.
Sekiranya cek tersebut melebihi tempoh laku, penerima cek hendaklah mengemukakan surat permohonan beserta cek asal kepada Bahagian Akaun dan Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Surat permohonan tersebut hendaklah lengkap dengan keterangan yang menyebabkan cek tersebut tidak laku. Begitu juga sekiranya cek tersebut hilang. Surat permohonan hendaklah disertakan bersama surat akuan sumpah yang yang diperakui.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.