Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

BENGKEL KEDUA PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH KERIAN 2025-2030

Pada 15 Mei 2025 hingga 17 Mei 2025 pengurusan Majlis Daerah Kerian telah menganjurkan bengkel kedua Pelan Strategik Majlis Daerah Kerian yang merangkumi tahun pelaksanaan 2025 – 2030. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel pertama yang telah diadakan pada 13 Mac 2025 di Bilik Alamanda, Majlis Daerah Kerian.

Bengkel kedua ini telah diadakan di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah yang melibatkan seramai tujuh orang Ahli Majlis dan 31 orang kakitangan Majlis Daerah Kerian daripada pelbagai gred. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan hala tuju dan matlamat organisasi dicapai secara terancang, berkesan dan selaras dengan dasar kerajaan. Pelan strategik ini biasanya dikaji semula secara berkala untuk memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan semasa.

Di dalam bengkel ini juga, peserta telah berjaya berbincang bersama untuk mewujudkan visi, misi dan moto Majlis Daerah Kerian yang baru.