Bil Cukai Taksiran dikehendaki bayar seawal-awalnya pada 1 Januari untuk penggal pertama dan 1 Julai untuk penggal kedua. Sekiranya pembayar-pembayar Cukai Taksiran tidak menerima bil, maka pembayar-pembayar Cukai Taksiran bolehlah datang ke Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan bil salinan atau pun mencetak sendiri dari Gerbang Pembayaran Atas Talian (https://ebayar.mdkerian.gov.my).
Kaedah pembayaran bil Cukai Taksiran masih dikekalkan dalam 2 cara iaitu pembayaran setengah tahun atau pembayaran setahun.
Tempoh pembayaran bil Cukai Taksiran adalah seperti berikut:
Setengah Tahun Pertama – Januari – Februari
Setengah Tahun kedua – Julai – Ogos
MDK juga telah mengambil satu lagi langkah Kaedah Cara Bayaran iaitu melalui Kaunter Bergerak. Jadual yang telah ditetapkan akan dimaklumkan di Laman Portal Rasmi dan Facebook Rasmi Majlis Daerah Kerian.
Januari-Jun: Setengah Tahun Pertama
Julai-Disember: Setengah Tahun Kedua
BIMB* ,Bank Rakyat*, BSN, CIMB**, Maybank2u**
*Bayaran melalui kaunter & perbankan Internet
** Perbankan Internet sahaja
28 Feb : Setengah Tahun Pertama
31 Ogos : Setengah Tahun Kedua
Pemilik bertanggungjawab memastikan bil diterima dan dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. Pemilik yang tidak menerima bil, boleh menghubungi Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan salinannya.
Dibawah seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Jika cukai taksiran harta tidak dibayar pada akhir bulan Februari / Ogos, Pemunya adalah bertanggungjawab membayar cukai taksiran harta beserta caj bayar lewat.
Kaunter
Isnin sehingga Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4. 00 petang
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang – 4.00 petang
Bayaran melalui cek, bank draf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dipalang dan dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Sila tulis nama, alamat, no akaun harta dan no telefon di belakang cek.
Bayaran melalui Kad kredit juga boleh dibuat
Kadar Caj Bayaran Lewat
Jumlah wang yang belum dibayar Bayaran yang kena dibayar
Seksyen 147(1)
Tidak Melebihi RM 200.00 RM 20.00
Melebihi RM 200.00 RM 30.00
Melalui: -
Gerbang Pembayaran Dalam Talian Majlis Daerah Kerian – https://ebayar.mdkerian.gov.my
PBTPAY: https://pbtpay.kpkt.gov.my
JOMPAY
Hotline : 05-716 1228
Faks : 05-716 9268
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Surat : Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian
No 1, Wisma MDK,
Jalan Padang
34200 Parit Buntar
Kaunter : Kaunter Khidmat Pelanggan MDK
Web : www.mdkerian.gov.my
MULAI TAHUN 2022 TIADA LAGI PENGEPOSAN BIL CUKAI TAKSIRAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE ADALAH DIGALAKAN