Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN 2022, PENILAIAN PELAN STRATEGIK 2020 - 2021 DAN RETRET TUGAS-TUGAS KHAS MAJLIS DAERAH KERIAN

Satu bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2022, Penilaian Pelan Strategik 2020 – 2021 dan Retret Tugas-Tugas Khas Majlis Daerah Kerian telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah pada tarikh 21 Januari 2022 hingga 24 Januari 2022.

Bengkel 4 hari 3 malam ini bertujuan untuk menilai semula pencapaian SKT jabatan 2021, membentangkan SKT 2022 dan menilai pencapaian Penilaian Pelan Strategik Majlis Daerah Kerian 2019 hingga 2023.

Seramai 33 orang telah hadir yang terdiri dari pengurusan tertinggi iaitu Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit termasuk anggota kerja lain telah bersama-sama berbincang dan memberi pandangan berkaitan hala tuju MDK. Ia berfokus dan berstrategik yang jitu bagi merealisasikan perancangan, pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan cekap dan berkesan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 02/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286945