Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PENILAI PERTANDINGAN PENGIKTIRAFAN TANDAS AWAM BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021/2022

07 Jun 2022 (Selasa) - Majlis Daerah Kerian telah menerima kunjungan daripada Panel Penilai bagi Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan Tahun 2021/2022. Kunjungan penilaian ini diketuai oleh Encik Abu Hassan Bin Alis dan 2 orang panel juri yang lain. Turut hadir sama dalam sesi penilaian ini Setiausaha Majlis, Puan Norhafisah Binti Haji Mohamad, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran, Encik Mohd Zabidi Bin Nun dan beberapa anggota Majlis.

Antara lokasi tandas dan kategori yang dipertandingkan adalah :

  1. Tandas Awam Padang Bandaran Parit Buntar - Kategori Tandas Awam Bandaran
  2. Tandas Awam Hentian Bas Parit Buntar - Kategori Tandas Hentian Pengangkutan Awam.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 24/06/22 • Jumlah Pelawat : 21286965