Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Data Terbuka

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my juga boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data. Ianya juga berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam. 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

DATA TERBUKA MAJLIS DAERAH KERIAN

Majlis Daerah Kerian menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan selagi tidak menyalahi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.

Data Terbuka Bagi Tahun 2022

  1. Senarai Harta Sewaan Majlis Daerah Kerian
  2. Anugerah Tanda Bersih Bagi Daerah Kerian Perak
  3. Keluasan Mengikut Blok Perancangan Dan Unjuran Penduduk Di Daerah Kerian
  4. Lokasi Penginapan di Negeri Perak
  5. Sila Klik disini Bagi Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Majlis Daerah Kerian

  • Utama
  • Informasi
  • Data Terbuka
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286948