Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Maklumat Cukai Taksiran

Pembayaran boleh dibuat di kaunter MDKerian iaitu:
  • Kaunter Bayaran MDKerian
  • Kaunter Pandu Lalu Wisma MDK
  • Kaunter Bergerak

Bil Cukai Taksiran dikehendaki bayar seawal-awalnya pada 1 Januari untuk penggal pertama dan 1 Julai untuk penggal kedua. Sekiranya pembayar-pembayar Cukai Taksiran tidak menerima bil, maka pembayar-pembayar Cukai Taksiran bolehlah datang ke Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan bil salinan atau pun mencetak sendiri dari Gerbang Pembayaran Atas Talian (https://ebayar.mdkerian.gov.my).

Kaedah pembayaran bil Cukai Taksiran masih dikekalkan dalam 2 cara iaitu pembayaran setengah tahun atau pembayaran setahun.

Tempoh pembayaran bil Cukai Taksiran adalah seperti berikut: 

Setengah Tahun Pertama – Januari – Februari

Setengah Tahun kedua – Julai – Ogos

MDK juga telah mengambil satu lagi langkah Kaedah Cara Bayaran iaitu melalui Kaunter Bergerak. Jadual yang telah ditetapkan akan dimaklumkan di Laman Portal Rasmi dan Facebook Rasmi Majlis Daerah Kerian.

Bil Dihantar

Januari-Jun: Setengah Tahun Pertama

Julai-Disember: Setengah Tahun Kedua

Bayaran Melalui Bank

BIMB* ,Bank Rakyat*, BSN, CIMB**, Maybank2u**

*Bayaran melalui kaunter & perbankan Internet

** Perbankan Internet sahaja

Tarikh Akhir Membuat Bayaran dan Denda

28 Feb : Setengah Tahun Pertama

31 Ogos : Setengah Tahun Kedua

 

Pemilik bertanggungjawab memastikan bil diterima dan dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. Pemilik yang tidak menerima bil, boleh menghubungi Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan salinannya.

 

Dibawah seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Jika cukai taksiran harta tidak dibayar pada akhir bulan Februari / Ogos, Pemunya adalah bertanggungjawab membayar cukai taksiran harta beserta caj bayar lewat.

Bayaran Di MDK

Kaunter    

                                                       

Isnin sehingga Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 4. 00 petang

Jumaat

8.00 pagi - 12.15 tengahari

2.45 petang – 4.00 petang

 

Bayaran melalui cek, bank draf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dipalang dan dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Sila tulis nama, alamat, no akaun harta dan no telefon di belakang cek.

 

Bayaran melalui Kad kredit juga boleh dibuat

Kadar

Kadar Caj Bayaran Lewat

Jumlah wang yang belum dibayar         Bayaran yang kena dibayar

Seksyen 147(1) 

Tidak Melebihi RM 200.00                                RM 20.00

Melebihi RM 200.00                                          RM 30.00

Bayaran Atas Talian

Melalui: -

Gerbang Pembayaran Dalam Talian Majlis Daerah Kerian – https://ebayar.mdkerian.gov.my

PBTPAY:  https://pbtpay.kpkt.gov.my

JOMPAY

  • BILLER CODE 1 (49361)
  • BILLER CODE 2 (NO. AKAUN TAKSIRAN ANDA

Makluman

MULAI TAHUN 2022 TIADA LAGI PENGEPOSAN BIL CUKAI TAKSIRAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE ADALAH DIGALAKAN

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Cukai Taksiran
  • Maklumat Cukai Taksiran
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 27/09/23 • Jumlah Pelawat : 21286981