MyPatil@MDKerian
Halaman ini sedang dalam pengemaskinian.
-
Digitalisasi Lesen Perniagaan
myPATIL membolehkan pemilik perniagaan memohon, memperbaharui, dan menyemak status lesen premis mereka secara dalam talian. Ini membantu mengurangkan risiko pemalsuan, kehilangan, atau duplikasi lesen fizikal.
-
Penguatkuasaan Lebih Efisyen
myPATIL membantu PBT melaksanakan operasi penguatkuasaan dengan lebih sistematik, termasuk pengesanan premis tanpa lesen, pengeluaran kompaun, dan penjanaan laporan statistik melalui papan pemuka interaktif.
-
Membanteras Perniagaan Haram & Meningkatkan Keyakinan Pelabur
Sistem ini membantu membendung aktiviti perniagaan tanpa lesen atau yang melanggar undang-undang, seterusnya meningkatkan tahap pematuhan. Tindakan ini secara tidak langsung menambah keyakinan pelabur terhadap tadbir urus PBT dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
-
Pemacu Pendigitalan PBT
Pendigitalan lesen premis melalui myPATIL mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia mengurangkan kebergantungan terhadap proses manual, mempercepat urusan pelesenan, dan memudahkan pemilik premis serta pegawai PBT dalam mengurus lesen secara sistematik dan telus.
- Akses Lesen Digital
Pelesen boleh melihat lesen perniagaan dalam bentuk digital yang sah dan diiktiraf oleh PBT. - Pembaharuan Lesen
Pelesen boleh memperbaharui lesen terus dari aplikasi tanpa perlu hadir ke kaunter PBT. - Notifikasi Tarikh Tamat Tempoh Lesen
Sistem akan menghantar peringatan supaya pelesen tidak terlepas tarikh pembaharuan. - Semakan & Bayaran Kompaun
Pelesen boleh menyemak kompaun yang dikenakan dan membuat bayaran secara dalam talian.
- Carian Iklan Berpusat
Temui peluang perniagaan baharu dengan sistem carian iklan pintar. Cari produk, perkhidmatan, atau rakan niaga dalam ekosistem perniagaan digital yang semakin berkembang.