Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT YB. TIMBALAN MENTERI PERPADUAN NEGARA

28 MAC 2022 - Majlis Daerah Kerian amat berbesar hati kerana telah menerima kunjungan hormat daripada YB. Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Kunjungan YB. Senator disambut oleh Yang Dipertua Majlis Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh serta Ketua-Ketua Jabatan Majlis. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara Pejabat YB. Timbalan Menteri dan pihak Majlis Daerah Kerian. Yang Dipertua Majlis turut membentangkan maklumat asas berkaitan majlis dan perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Kerian.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 19/05/22 • Jumlah Pelawat : 21286941