Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022

1 November 2022- Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022, telah disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Sempena sambutan tersebut, Majlis Daerah Kerian telah menerima sijil penghargaan  atas penganugerahan bandar berdaya huni tahap tertinggi 2021 dan program pengukuran bandar mampan (MurniNets) yang disampaikan oleh YB Dato’ SUK. Sijil penghargaan tersebut telah diterima oleh Tn YDP dan Pn. Setiausaha MDK. Turut hadir sama TPr Md Nazri bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Gs Mohamed Zamri bin Mohd, Pengarah PLANMalaysia@Perak

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286948