Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM PENANAMAN BAKAU DI KUALA GULA, PERAK

20 November 2021 - Program ini adalah bersempena dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Januari 2021 dan juga Inisiatif Penanaman Pokok Di Negeri Perak yang telah bermula pada tahun 2020.

Program seumpama ini adalah siri kedua 2021 di bawah Program Local Agenda 21 Kerian. Program ini telah dilancarkan oleh Puan Norhafisah Binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis Daerah kerian dan disertai oleh Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Maritim, Pejabat Hutan, Syarikat Eng Thye Plantation Berhad, Ketua-ketua Jabatan serta warga Kerja Majlis Daerah Kerian.

Program Penanaman Bakau kali ini telah dilaksanakan di Tapak Tanam Hasil Bakau, Kompartment 5 (sebahagian) Hutan simpan, Cabai Malai, Kuala Gula, Perak. Jumlah Pokok bakau yang telah ditanam berjumlah 1,600 pokok.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 02/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286942