Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

AUDIT PERSIJILAN QE/5S MAJLIS DAERAH KERIAN
TAHUN 2022

13 April 2022 – Majlis Daerah Kerian telah berjaya menyambung persijilan 5S bagi tahun yang ke-11 dalam pengauditan 5S yang dijalankan pada hari ini. Kedatangan Encik Ahmad Fathan bin Abdul Rahim daripada MPC Wilayah Utara telah disambut oleh Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis Daerah Kerian bersama-sama pegawai-pegawai yang lain.
          Pada sesi pembukaan audit, Setiausaha Majlis telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan 5S di Majlis Daerah Kerian. Program ini diteruskan dengan penerangan berkaitan skop audit oleh pegawai MPC.
          Semakan audit diteruskan dengan memberi penekanan kepada penyediaan dokumentasi, pelaksanaan audit dalam, program latihan dan promosi serta pengukuran objektif kualiti 5S. Pegawai MPC itu turut sudi berkongsi pandangan dengan pegawai MDK berkaitan program peningkatan produktiviti, kualiti, moral, penurunan kos serta pencapaian-pencapaian lain yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan lagi kualiti Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Majlis Daerah Kerian.
          Semasa sesi penutupan audit, pegawai MPC ini menyatakan pandangannya berdasarkan penemuan audit dengan merumuskan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Majlis Daerah Kerian adalah pada tahap prestasi membanggakan dan beliau bersetuju mengesyorkan persijilan untuk tahun ke -11. Syabas dan Tahniah kepada semua anggota kerja Majlis Daerah Kerian yang terlibat dalam menjayakan audit persijilan 5S ini.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 02/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286941