Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

HARI PENAMAAN CALON PELAKSANAAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-15 BAGI P.058 BAGAN SERAI

5 November 2022 (Sabtu) - Hari Penamaan Calon PRU ke-15 bagi P.058 Bagan Serai telah dilaksanakan di Kolej Vokasional Kerian, Bagan Serai.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian Tuan Helmi Bin Yusof@Jusoh merangkap Pegawai Pengurus p.058 Bagan Serai telah mengumumkan calon-calon yang disahkan bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.058 Bagan Serai, DUN N.10 Alor Pongsu, N.11 Gunong Semanggol dan DUN N.12 Selinsing.

Bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.058 Bagan Serai, calon yang disahkan bertanding adalah Datuk Ustaz Idris (Perikatan Nasional), Haji Zul Helmi Ghazali (Barisan Nasional), Haji Ahmad Luqman (Parti Pejuang Tanahair) dan Siti Aishah Binti Shaik Ismail (Pakatan Harapan).

Bagi Bahagian Pilihan Raya DUN N.10 Alor Pongsu, calon yang disahkan bertanding adalah Hj Khairul (Pakatan Harapan), Dato' Hj. Sham Mat Sahat (Barisan Nasional) dan Haji Noor Azman Bin Ghazali (Perikatan Nasional).

Manakala Bagi Pilihan Raya DUN N.11 Gunong Semanggol, Calon yang telah disahkan bertanding adalah Haji Razman Bin Zakarian (Perikatan Nasional), Sheikh Khuzaifah (Pakatan Harapan) dan Nazirul Bin Jamaluddin (Barisan Nasional).

Seterusnya Bagi Bahagian Pilihan Raya DUN N.12 Selinsing, calon yang disahkan bertanding adalah Cikgu Mohamad Noor (Barisan Nasional), Ustaz Saqif Ansorullah (Pakatan Harapan) dan Ustaz Sallehuddin (Perikatan Nasional)

Syabas dah tahniah diucapkan kepada semua petugas yang terlibat dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.

#pru15
#p058baganserai
#n10alorpongsu
#n11gunongsemanggol
#n12selinsing

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/12/22 • Jumlah Pelawat : 21286948