Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DAN PENCEGAHAN COVID-19

5 Jun 2021 - Satu Operasi Bersepadu berkaitan Pematuhan SOP PKP 3.0 dan Pencegahan Covid-19 Anjuran Majlis Daerah Kerian bertarikh dan masa seperti berikut :

                  Tarikh                     : 05 Jun 2021
                  Masa                       : 10.00 pagi - 2.45 petang
                  Agensi yang teribat : Majlis Daerah Kerian, Polis Diraja Malaysia IPD Kerian dan Pejabat Kesihatan    
                                                   Daerah Kerian

Ops bersepadu ini bagi memantau pematuhan SOP PKP 3.0  di sekitar Parit Buntar, Kuala Kurau dan Tg. Piandang yang telah diketuai oleh Puan Setiausaha Majlis. Operasi ini melibatkan kilang di kawasan Perindustrian Parit Buntar, pasaraya dan mini-mini mart,  pusat kesihatan / rawatan badan serta rumah-rumah kedai yang dijadikan  asrama pekerja kilang. Teguran dan nasihat telah diberi kepada pengurusan kilang supaya mematuhi SOP yang ditetapkan terutama  kepada pekerja2 kilang, pastikan kehadiran pekerja mematuhi SOP MKN.

Pemantauan bagi semakan lesen turut dijalankan di premis2 terlibat. Bagi bangunan kedai yang di jadikan asrama pekerja di kompaun di bawah Undang-undang tred pelesenan, perniagaan dan perindustrian 2017 (MDK) atas kesalahan menjalankan kegiatan asrama tanpa lesen dan  1 premis perniagaan telah dikompaun sebanyak RM250 atas kesalahan menjalankan perniagaan insurans tanpa lesen. Teguran turut diberi kepada premis kesihatan yang tidak dibenarkan operasi semasa tempoh PKP tetapi membukanya secara tempahan.

Pihak Majlis berharap agar semua premis perniagaan mematuhi SOP PKP sepertimana arahan pihak Kerajaan bagi mencegah penularan wabak covid-19 yang kian meningkat. Di samping itu juga hebahan untuk mendaftar vaksinasi turut di hebahkan kepada pemilik premis dan memohon pengusaha kilang membuat hebahan kepada pekerja pekerja kilang untuk pendaftaran vaksin.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 24/06/22 • Jumlah Pelawat : 21286965